ONE BUTTON STUDIO

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Pada 6 & 7 November 2019, pihak CTTL telah menjalankan kerja-kerja mengubahsuai sebuah bilik di dalam ruang bangunan UIDM untuk dijadikan sebagai ONE BUTTON STUDIO (OBS).  OBS merupakan satu platform kemudahan bagi pensyarah, pelajar dan kakitangan PSP sebagai medium untuk menyampaikan maklumat dan informasi terkini mengenai apa sahaja bidang yang berkaitan yang dilakukan secara langsung menggunakan saluran media sosial seperti Facebook, Youtube dan lain-lain.


Semoga OBS dapat memberi manafaat yang besar kepada seluruh warga PSP dalam memajukan bidang pendidikan tinggi.


 Pihak CTTL sedang diberi latihan dan pendedahan cara penggunaan peralatan di dalam OBS oleh pihak pembekal 
 Pihak pembekal sedang memasang dan menguji setiap peralatan supaya dapat berfungsi dengan baik
 Pasukan CTTL berlatarbelakang kan Green Screen yang akan digunakan dalam tujuan editing
Pasukan CTTL bergambar kenangan dengan pihak pembekal peralatan keperluan di OBS