KURSUS 2021 | Kursus Reka Grafik eBook menggunakan Canva

Kursus reka grafik eBook menggunakan Canva yang di laksanakan pada 30 September 2021 ini disertai oleh 30 orang peserta. Objektif utama bengkel ini dilaksanakan adalah untuk; memahami penggunaan aplikasi Canva yang dalam menghasilkan reka grafik yang menarik, memberikan nilai tambah dalam pengetahuan kepada peserta bagi menghasilkan eBook dan enghasilkan eBook yang menarik dan berkesan kepada pelajar. 

Kursus ini membantu pensyarah dan pembangun eBook dalam membangunkan eBook bagi memenuhi KPI eLearning 2021. 

 

















MANUAL PENGGUNAAN LMS CIDOS LMS 3.5 PELAJAR

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Berikut disertakan pautan untuk capaian User Manual for Student:LMS 3.5 (Klik gambar untuk paparan dokumen penuh)
 


(Klik gambar untuk ke paparan dokumen)

Sekian Terima Kasih 

KURSUS 2021 | Bengkel Videografi bagi pra-produksi, produksi dan pasca produksi

      Bengkel ini dilaksanakan selama 3 hari dari 13 - 15 September 2021 yang merangkumi pra, produksi dan pasca produksi. Di dalam sesi pra-produksi, peserta didedahkan dengan teknik storyline, membuat voice-over, storyboard dan sebagainya. 
    Dalam sesi production pulak peserta didedahkan dengan teknik-teknik pencahayaan, shot, angle shot dan sebagainya. Disamping itu peserta juga dikongsikan teknik editing menggunakan Filmora. Semoga ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan dalam penghasilan video nanti. 

Sesi kursus dimana penceramah membuat perkongsian menggunakan Filmora dalam menyunting video

Merakamkan detik bersama penceramah dan peserta



KURSUS 2021 | BE THAT VOICE ONLINE WORKSHOP - A NEWS ANCHOR HACK (HOSTING)

BE THAT VOICE ONLINE WORKSHOP - A NEWS ANCHOR HACK (HOSTING)

    Kursus ini dirangka bagi memberikan nilai tambah kepada pensyarah dalam membantu mereka membangunkan video PnP agar menjadi pengantara yang akan menerangkan kandungan video PnP yang lebih jelas, berkesan dan menarik perhatian penonton secara amnya dan pelajar secara khususnya. 

    Kursus ini disampaikan oleh En Mior Abdul Malek Raiyani, Penerbit Eksekutif, Berita dan Hal Ehwal Semasa yang juga merangkap pembaca berita TV3. Beliau mempunyai pengalaman yang hebat sebagai pembaca berita, hos rancangan bual bicara dan pengacara majlis semestinya sangat membantu pada peserta bengkel dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan disamping tips untuk meningkatkan keyakinan diri dan mengatasi kegugupan. 

Kursus hari pertama 

Kursus hari kedua 

Kursus hari ketiga


    Bagi memantapkan lagi kefahaman para peserta En Mior ada juga melaksanakan latihan bagi memberikan kefahaman dan memantapkan kemahiran peserta

Antara tugasan para peserta




    Kursus ini merupakan kursus bagi politeknik Zon Utara yang disertai oleh pensyarah dari PTSB, Polimas, PTSS, PMTG PBU dan PSP sendiri selaku penganjur kursus. Diharap para peserta dapat mengadaptasikan dan menggunapakai ilmu yang dicurahkan sepanjang kursus ini. 





KURSUS 2021 : Bengkel Rekabentuk Penerbitan Interaktif - Adobe InDesign (eBook)

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Pada 1-3 September 2021 (Rabu-Jumaat), CTTL telah menganjurkan Bengkel Rekabentuk Penerbitan Interaktif - Adobe InDesign yang disertai oleh 23 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah Politeknik Seberang Perai (PSP), Politeknik Metro Tasek Gelugor (PMTG), Politeknik Balik Pulau (PBU), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) dan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS)

Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada pensyarah bagaimana untuk menyediakan dan membangunkan kandungan eBook dengan menggunakan perisian Adobe InDesign yang di sampaikan oleh tenaga pakar yang dijemput khas iaitu saudara Imran Abdul Jabar dari #sifoodotcom.  

Sepanjang berlangsungnya bengkel ini banyak maklumat dan ilmu yang dikongsi oleh penceramah bagi membantu pensyarah dalam menghasilkan kandungan eBook yang interaktif dan bersesuaian dengan penyampaian pengajaran dan pembelajaran dalam talian (PDPDT).