KURSUS 2021 | Creative Usage Augmented Reality Artivive and Zapworks Course

Kursus ini telah dilaksanakan selama 2 hari pada 20-21 Oktober 2021 yang juga dilaksanakan secara atas talian yang merangkumi beberapa topik-topik menarik dalam membantu menghasilkan pembangunan bahan yang berbentuk Augmented Reality

Dua perisian diperkenalkan kepada para peserta iaitu Artivive dan Zapworks dan selain itu para peserta juga didedahkan dengan konsep asas multimedia dalam pembangunan poster.

Sesi rakaman kursus ini siap di muatnaik ke dalam YouTube CTTL bagi memberikan peluang kepada peserta untuk mengulangkaji 













KURSUS 2021 | Gearing Towards Microsoft Office Word

Kursus Gearing Towards Ms Office Word yang dilaksanakan pada 14 Oktober 2021 juga dilaksanakan secara atas talian yang disertai oleh peserta-peserta dari politeknik Zon Utara iaitu dari PBU, PMTG, PTSB, Polimas, PTSS dan PSP selaku tuan rumah. 

Penceramah yang dijemput En Sufian dan Pn Nurul Syazrah dari PSMZA memberikan pendedahan berkenaan aplikasi pejabat Microsoft Office Word. Kandungan kursus sehari ni mengandungi topik-topik seperti ; power-user, add-ins dan text to file. Dalam sesi kedua ; footnotes and endnotes, bookmarks and toc, header footer in different section dan working with data sources. Bagi sesi ketiga ; managing document, page break and section breaks, integration, hyperlink, using mail merge dan additional tools. 

Kandungan kursus ini sedikit sebanyak dapat membantu peserta terutamanya peserta yang dalam masa yg sama perlu membangunkan eBook. 






 

KURSUS 2021 | Kursus Pembangunan Video PnP Interaktif

 Kursus Pembangunan Video PnP Interaktif yang dilaksanakan pada 11-12 Oktober 2021 yang merangkumi beberapa aplikasi sebagai alat bantu dalam pembangunan video PnP. Antara aplikasi yang digunakan adalah ; Filmora, Powtoon, Wondow Movie Maker, OBS, Canva, Tiktok dan Capcut. 

Kursus ini dilaksanakan selama dua hari ini sangat membantu para pensyarah dalam menyediakan video PnP dan semoga dapat dimanfaatkan dalam menarik minat pelajar dalam PnP. 

Konsep kursus ini lebih kepada hands-on sangat memberikan nilai tambah kepada peserta untuk terus bertanyakan soalan sekiranya terdapat ralat dan persoalan yang muncul sepanjang sesi kursus ini. 

Disertakan bersama beberapa rakaman gambar yang dijadikan lakaran kenangan selain mendapat ilmu baru dari sepanjang kursus ini. 

 




KURSUS 2021 | Gearing Towards Microsoft Office Powerpoint

Kursus yang dilaksanakan pada 7 Oktober 2021 ini dilaksanakan selama satu hari. Kursus ini merangkumi sub topik seperti Power-user, master slide dan Add-ins pada sesi pagi. Selepas berehat beberapa ketika, sub topik seterusnya green screen, background, bokeh effect, grayscale effect, impactful image dan manipulation image. Sesi petang, sub topik seterusnya ; animation and effect, audio, video dan additional examples. Keseluruhan hasil kursus ini dapat dilihat memberikan ilmu tambah kepada semua peserta.







KURSUS 2021 | Kursus Pembangunan Gamifikasi, Aktiviti dan Latihan yang Interaktif

Kursus Pembangunan Gamifikasi, Aktiviti dan Latihan yang Interaktif yang dilaksanakan pada 4-5 Oct 2021 merangkumi beberapa aplikasi. Antara aplikasi yang didedahkan adalah seperti Slido, Google classroom, Canva, Google Form, Powtoon, Quizziz, Jamboard, Google sites and Mentimeter. 

Selaras dengan objektif kursus iaitu bagi memahami penggunaan aplikasi yang berunsurkan gamifikasi dalam PdP, memberikan nilai tambah dan pengetahuan tambahan kepada pensyarah dalam mempelbagaikan dan menvariasikan bahan bantu mengajar yang akan digunakan di dalam PdP dan menghasilkan bahan bantu mengajar yang berbentuk gamifikasi yang mempunyai aktiviti yang lebih interaktif dan menarik.








KURSUS 2021 | Kursus Reka Grafik eBook menggunakan Canva

Kursus reka grafik eBook menggunakan Canva yang di laksanakan pada 30 September 2021 ini disertai oleh 30 orang peserta. Objektif utama bengkel ini dilaksanakan adalah untuk; memahami penggunaan aplikasi Canva yang dalam menghasilkan reka grafik yang menarik, memberikan nilai tambah dalam pengetahuan kepada peserta bagi menghasilkan eBook dan enghasilkan eBook yang menarik dan berkesan kepada pelajar. 

Kursus ini membantu pensyarah dan pembangun eBook dalam membangunkan eBook bagi memenuhi KPI eLearning 2021. 

 

















MANUAL PENGGUNAAN LMS CIDOS LMS 3.5 PELAJAR

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Berikut disertakan pautan untuk capaian User Manual for Student:LMS 3.5 (Klik gambar untuk paparan dokumen penuh)
 


(Klik gambar untuk ke paparan dokumen)

Sekian Terima Kasih 

KURSUS 2021 | Bengkel Videografi bagi pra-produksi, produksi dan pasca produksi

      Bengkel ini dilaksanakan selama 3 hari dari 13 - 15 September 2021 yang merangkumi pra, produksi dan pasca produksi. Di dalam sesi pra-produksi, peserta didedahkan dengan teknik storyline, membuat voice-over, storyboard dan sebagainya. 
    Dalam sesi production pulak peserta didedahkan dengan teknik-teknik pencahayaan, shot, angle shot dan sebagainya. Disamping itu peserta juga dikongsikan teknik editing menggunakan Filmora. Semoga ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan dalam penghasilan video nanti. 

Sesi kursus dimana penceramah membuat perkongsian menggunakan Filmora dalam menyunting video

Merakamkan detik bersama penceramah dan peserta



KURSUS 2021 | BE THAT VOICE ONLINE WORKSHOP - A NEWS ANCHOR HACK (HOSTING)

BE THAT VOICE ONLINE WORKSHOP - A NEWS ANCHOR HACK (HOSTING)

    Kursus ini dirangka bagi memberikan nilai tambah kepada pensyarah dalam membantu mereka membangunkan video PnP agar menjadi pengantara yang akan menerangkan kandungan video PnP yang lebih jelas, berkesan dan menarik perhatian penonton secara amnya dan pelajar secara khususnya. 

    Kursus ini disampaikan oleh En Mior Abdul Malek Raiyani, Penerbit Eksekutif, Berita dan Hal Ehwal Semasa yang juga merangkap pembaca berita TV3. Beliau mempunyai pengalaman yang hebat sebagai pembaca berita, hos rancangan bual bicara dan pengacara majlis semestinya sangat membantu pada peserta bengkel dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan disamping tips untuk meningkatkan keyakinan diri dan mengatasi kegugupan. 

Kursus hari pertama 

Kursus hari kedua 

Kursus hari ketiga


    Bagi memantapkan lagi kefahaman para peserta En Mior ada juga melaksanakan latihan bagi memberikan kefahaman dan memantapkan kemahiran peserta

Antara tugasan para peserta




    Kursus ini merupakan kursus bagi politeknik Zon Utara yang disertai oleh pensyarah dari PTSB, Polimas, PTSS, PMTG PBU dan PSP sendiri selaku penganjur kursus. Diharap para peserta dapat mengadaptasikan dan menggunapakai ilmu yang dicurahkan sepanjang kursus ini. 





KURSUS 2021 : Bengkel Rekabentuk Penerbitan Interaktif - Adobe InDesign (eBook)

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Pada 1-3 September 2021 (Rabu-Jumaat), CTTL telah menganjurkan Bengkel Rekabentuk Penerbitan Interaktif - Adobe InDesign yang disertai oleh 23 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah Politeknik Seberang Perai (PSP), Politeknik Metro Tasek Gelugor (PMTG), Politeknik Balik Pulau (PBU), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) dan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS)

Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada pensyarah bagaimana untuk menyediakan dan membangunkan kandungan eBook dengan menggunakan perisian Adobe InDesign yang di sampaikan oleh tenaga pakar yang dijemput khas iaitu saudara Imran Abdul Jabar dari #sifoodotcom.  

Sepanjang berlangsungnya bengkel ini banyak maklumat dan ilmu yang dikongsi oleh penceramah bagi membantu pensyarah dalam menghasilkan kandungan eBook yang interaktif dan bersesuaian dengan penyampaian pengajaran dan pembelajaran dalam talian (PDPDT).

 






KURSUS 2021 | Video Editing Workshop - DaVinci Editing Resolve

Kursus penyuntingan yang dilaksanakan pada 23 - 25 Ogos 2021 disertai oleh peserta dari politeknik zon utara. Objektif utama bengkel ini dilaksanakan adalah untuk; memberi pendedahan serta menggunakan aplikasi pengeditan video, menghasilkan video yang baik selepas diberi pendedahan secara asas dan melatih peserta untuk edit video, import media, render dan export projek yang dihasilkan.

Kursus ini melibatkan aplikasi DaVinci, yang didapati sangat mudah digunakan. Dan menjadi kelebihan kepada peserta yang sedia ada ilmu suntingan dalam mengggunakan aplikasi ini. 








Bengkel Pembangunan eBook

     Bengkel Pembangunan eBook yang telah dilaksanakan selama 2 hari yang merangkumi lime sesi perkongsian berkenaan garis panduan eBook oleh Pn Norbahiah Zakaria. Sesi yang kedua berkenaan kulit eBook menggunakan Canva yang dikongsikan oleh Pn Azilah Abd Rahim dan diikuti oleh En Ku Adnan Ku Hassan yang berkongsi berkenaan penggunaan InDesign dalam membangunkan eBook. 
    Pada hari kedua sesi yang pertama dikongksikan oleh Pn Zamzilah Ismail iaitu Perpustakaan PSP yang berkongsi berkenaan proses permohonan eISBN dan terakhirnya sesi perkongsian oleh En Mohd Helmy Abd Wahab pensyarah UTHM yang berkongsi tip-tips dalam penghasilan eBook. 



Sesi perkongsian bersama En Ku Adnan bagi pembangunan eBook menggunakan Adobe InDesign 


Sesi perkongsian Pn Zamzilah Ismail bagi proses permohonan eISBN 

Sesi perkongsian oleh En Mohd Helmy Abd Wahab berkenaan tip-tips dalam penghasilan eBook. 



Dokumen Garis Panduan Pembangunan Bahan KPI 2021

Dilampirkan pautan bagi dokumen-dokumen berkaitan bagi pembangunan Bahan KPI 2021. Klik gambar untuk ke dokumen. 










Dokumen Kamus KPI 2021

 Dilampirkan pautan dokumen Kamus KPI 2021.


(klik gambar untuk ke dokumen)


KURSUS PENGUKUHAN PENGGUNAAN PLATFORM LMS CIDOS 3.5 BAGI PELAKSANAAN PDPDT SESI DIS2020

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Pihak CTTL telah menganjurkan satu kursus pengukuhan penggunaan platform LMS Cidos 3.5 untuk membantu pensyarah dalam melaksanakan proses PDPDT bagi sesi DIS2020.  Justeru itu, seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah dari semua jabatan akademik PSP telah hadir dan dibantu oleh 5 orang fasilitator dari kumpulan CTTL. 

Kursus ini telah diadakan pada 12 MAC 2021 (JUMAAT) jam 8.30 pagi - 5.00 petang bertempat di Tecc Room.  Puan Nor Bahiah Bt Zakaria selaku ketua Pegawai E-Learning PSP telah bertindak selaku ketua Fasilitator sepanjang kusus dijalankan dengan bantuan 4 orang fasilitator CTTL yang lain iaitu Ts. Saw Bee Fong, Puan Hasnieza, Puan Anisah dan Puan Norisniyati.  

Diantara kandungan pelaksanaan kursus kali ini adalah bagaimana pemarkahan terus dapat dilakukan di atas platform CIDOS bagi setiap tugasan atau ujian yang dilaksanakan oleh pensyarah terhadap pelajar.  Memandangkan proses pelaksanaan kuliah adalah secara hybrid iaitu bersemuka dan juga atas talian, maka pensyarah perlu menguasai penggunaan setiap aktiviti yang terdapat di dalam LMS Cidos ini bagi memudahkan proses PDP dijalankan.  





Peserta kursus sedang mendengar dan berkongsi maklumat yang disampaikan oleh jawatankuasa CTTL.