iCSS - Informatif dan Interaktif Creative Streaming Studio

Creative Streaming Studio (CSS by CTTL) merupakan studio di bawah pengurusan CTTL yang memberikan perkhidmatan kepada semua staf dan pelajar dalam penghasilan video secara atas talian (live streaming) atau bukan secara atas talian (recorded video). Pengguna yang berminat menggunakan CSS by CTTL ini boleh membuat tempahan di dalam aplikasi Skedda yang diuruskan sepenuhnya oleh CTTL. 

Pengguna yang ingin menggunakan CSS by CTTL digalakkan membangunkan bahan yang akan digunakan sepanjang pembangunan video seperti ; storyboard, poster, thumbnails (youtube thumbnail), lower third, video sampingan (semasa waktu rehat) dan sebagainya.  

Bagi memenuhi keperluan pembangunan bahan yang diperlukan seperti di atas yang melibat fasa pra-rakaman, rakaman dan pasca rakaman, sebuah laman web telah dibangunkan  bagi memudahkan pengguna PSP atau bukan PSP yang berminat dalam menggunakan CSS dalam membangunkan bahan yang berunsurkan PnP atau bukan PnP. Laman web yang menyediakan makluman, informasi, tutorial dan tempahan CSS dinamakan sebagai iCSS (interactive & informative CSS).


Terdapat beberapa tab yang disediakan seperti ; Utama, Pengenalan CSS, Panduan Penggunaan, Tempahan, Penghantaran & Hubungi Kami. 

Tab Utama
Mempunyai maklumat berkenaan CSS by CTTL, maklumat penggunaan dan tempahan CSS by CTTL 

Tab Pengenalan CSS
Memberikan pengenalan ruang di dalam CSS menggunakan paparan 360 dan paparan maya  

Tab Panduan Penggunaan 
Menyediakan panduan kepada pengguna dan terdapat contoh dan templat yang membantu membangunkan storyboard, poster, lowerthird dan montaj / selingan / intro video, 

Tab Tempahan 
Menyediakan aplikasi Skedda yang dapat membantu dalam membuat tempahan penggunaan CSS by CTTL

Tab Hubungi Kami 
Menyediakan maklumat sekiranya pengguna mempunyai keperluan untuk berhubung secara terus kepada kumpulan teknikal CTTL yang menguruskan CSS