KURSUS PENGUKUHAN PENGGUNAAN PLATFORM LMS CIDOS 3.5 BAGI PELAKSANAAN PDPDT SESI DIS2020

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Pihak CTTL telah menganjurkan satu kursus pengukuhan penggunaan platform LMS Cidos 3.5 untuk membantu pensyarah dalam melaksanakan proses PDPDT bagi sesi DIS2020.  Justeru itu, seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah dari semua jabatan akademik PSP telah hadir dan dibantu oleh 5 orang fasilitator dari kumpulan CTTL. 

Kursus ini telah diadakan pada 12 MAC 2021 (JUMAAT) jam 8.30 pagi - 5.00 petang bertempat di Tecc Room.  Puan Nor Bahiah Bt Zakaria selaku ketua Pegawai E-Learning PSP telah bertindak selaku ketua Fasilitator sepanjang kusus dijalankan dengan bantuan 4 orang fasilitator CTTL yang lain iaitu Ts. Saw Bee Fong, Puan Hasnieza, Puan Anisah dan Puan Norisniyati.  

Diantara kandungan pelaksanaan kursus kali ini adalah bagaimana pemarkahan terus dapat dilakukan di atas platform CIDOS bagi setiap tugasan atau ujian yang dilaksanakan oleh pensyarah terhadap pelajar.  Memandangkan proses pelaksanaan kuliah adalah secara hybrid iaitu bersemuka dan juga atas talian, maka pensyarah perlu menguasai penggunaan setiap aktiviti yang terdapat di dalam LMS Cidos ini bagi memudahkan proses PDP dijalankan.  





Peserta kursus sedang mendengar dan berkongsi maklumat yang disampaikan oleh jawatankuasa CTTL.




WEBINAR SILENT KILLER : ARE YOU AWARE? BERSAMA UNIT PSIKOLOGI DAN PANEL JEMPUTAN KHAS PEGAWAI DARI HOSPITAK BUKIT MERTAJAM

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Unit Pengurusan Psikologi Politeknik Seberang Perai telah berjaya menganjurkan satu sesi webinar kepada semua kakitangan dan pelajar bersama pihak CTTL.  Webinar ini telah disiarkan secara langsung pada:

Tarikh            :        10 MAC 2021
Tajuk             :       
SILENT KILLER : ARE YOU AWARE?   

Platform       :         YOUTUBE CHANNEL http://bit.do/KesihatanMental )

Webinar ini telang berlangsung selama 2 jam iaitu bermula pada jam 2.30 petang - 4.30 petang.  Kaunselor pelatih iaitu Saudara Muhammad Amir Naim Bin Mohd Noh merupakan Moderator Webinar kali ini, manakala Panel jemputan iaitu Pegawai Psikologi Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Bukit Mertajam, Puan Nor Salmi Bin Mat Rusli telah dijemput khas bagi sesi webinar anjuran bersama oleh unit psikologi dan CTTL PSP untuk kali ini.  

Sesi webinar ini merupakan salah satu langkah intervensi daripada pihak kami bagi membantu para pelajar dan kakitangan dalam aspek pengurusan diri dan emosi dengan lebih baik sepanjang situasi pandemik COVID-19.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”.


  Sesi Webinar bersama Panel Jempuran dan Moderator yang bertajuk Silent Killer: Are You AWARE?                                                    

Bersama kumpulan teknikal pihak CTTL Studio dalam proses rakaman secara langsung 


    Sesi Webinar sedang berjalan secara langsung dari dalam Studio CTTL


Saudara Muhammad Amir Naim, Kaunselor Pelatih selaku Moderator Webinar 


Moderator bersama pegawai Psikologi PSP iaitu Puan Yusliza Bt Md Yusoff