KURSUS PENGGUNAAN PLATFORM LMS CIDOS 4.0 BAGI PERLAKSANAAN PDP SESI1 2023/2024

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh:                                23 Ogos 2023 (RABU)
Tempat:                             
Makmal E13, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Penceramah/Fasilitator:     Ts. Saw Bee Fong dan Ts. Noor Azleen Bt Mohd Noor

Kursus Penggunaan Platform LMS CIDOS 4.0 bagi Perlaksanaan PdP yang diadakan ini adalah untuk memantapkan penggunaan serta menvariasikan kaedah dan konsep yang akan digunakan di dalam CIDOS baharu di kalangan pensyarah Politeknik Seberang Perai.

Objektif kursus ini adalah untuk, memantapkan BLDT dalam format baru, pemantapan aktiviti assignment dan kuiz juga bagi mengemaskini platform CIDOS dikalangan pensyarah.

Kursus ini disertai oleh 40 orang pensyarah dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.





(Gambar di atas adalah sepanjang kursus dijalankan bersama pensyarah yang terlibat)


Panduan Log Masuk Bagi Pengguna Baru CIDOS 4.0

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Berikut disertakan pautan capaian video sebagai panduan pengguna baru yang menggunakan CIDOS 4.0. 
(Klik gambar untuk ke capaian video)



(Klik gambar untuk ke capaian video)




MANUAL PENGGUNA BAGI PENGAKTIFAN AKAUN CIDOS LMS4.0 - PELAJAR

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Berikut disertakan pautan untuk capaian User Manual for Student:LMS 4.0 (Klik gambar untuk paparan dokumen penuh)

 


(Klik gambar untuk ke paparan dokumen)

Bengkel Teknikal TeCC dan Perkongsian Ilmu Teknik Pembelajaran Teradun

8 Feb 2023 | Bengkel Teknikal TeCC dan Perkongsian Ilmu & Teknik Pembelajaran Teradun

CTTL telah menganjurkan Bengkel Teknikal TeCC yang memfokuskan kepada pengguna TeCC bagi Sesi II 2022/2023. Bengkel ini dibahagikan kepada 3 slot iaitu Slot perkongsian teknikal, slot perkongsian teknik pengajaran teradun dan slot perkongsian penggunaan Jamboard. 

Slot perkongsian teknikal TeCC telah dilaksanakan oleh En Syafirul Ikhmar Shaharudin dan Pn Norbahiah Zakaria dalam menerangkan berkenaan penggunaan perkakasan dan perisian yang disediakan di dalam TeCC bagi memudahkan sesi PnP yang akan dilaksanakan oleh pensyarah sepanjang Sesi II 2022/2023



Slot kedua sesi perkongsian ilmu dan teknik pembelajaran teradun dikongsikan oleh Ustaz Mohd Fahmi yang merupakan pemenang ketiga TeCC Educator bagi 2019. Ustaz telah berkongsi teknik serta tips & trick dalam menjayakan pembelajaran teradun di dalam TeCC. Beberapa teknik penggunaan webtools 2.0 yang telah dikongsikan bersama semasa sesi perkongsian seperti Quizlet dan PoolEverywhere. 

Selain itu, beberapa cadangan aktiviti yang dicadangkan untuk dilaksanakan seperti di bawah sebagai panduan kepada pengguna ; 

CADANGAN AKTIVITI
Round table
Think-Pare Share
Hot Seat
Deklamasi sajak/nyanyian
Pembentangan hasil sendiri
Role Play
Gallery walk
Three Stray One Stay
Mind map
Problem Based Learning
Simulasi
Kajian Lapangan
Eksperimen






Slot yang ketiga dikongsikan oleh Pn Gaytri Kandaiah berkenaan penggunaan Jamboard dalam PnP sebagai salah satu teknik mempelbagaikan kaedah pengajaran. Tidak semestinya perlaksanaan kelas secara atas talian, perlaksanaan kelas secara fizikal juga sesuai digunakan aplikasi Jamboard ini.