Kursus Peningkatan Kemahiran Penggunaan Studio Live Streaming

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


    Pada 1 & 2 Oktober 2020 (Khamis & Jumaat), bertempat di UiDM dan CTTL Live Studio, pihak CTTL telah menganjurkan Kursus Peningkatan Kemahiran Penggunaan Studio Live Streaming yang di sertai oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah dan staf Politeknik Seberang Perai.  


    Objektif latihan ini adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada pensyarah bagaimana untuk menerbitkan kandungan live streaming untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran serta program yang melibatkan pihak luar, khususnya dalam pengamalan penganjuran program Pasca COVID-19.  Kandungan latihan ini penting untuk membantu pensyarah dalam mempelbagaikan kaedah penyampaian kandungan pengajaran selain dari menjalankan program bersama pihak industri.  



Gambar 1 & 2: Ustaz Mohd Fahmi Mohd Yusop selaku penceramah memberikan pendedahan tentang Pengenalan Live Streaming Studio.



Gambar 3 & 4: Cik Nur Diyana Mohd Suhaimi selaku penceramah berkongsi tentang pembinaan media bagi tujuan streaming. Pautan slaid boleh dirujuk di SINI


Kursus ini juga memberi pendedahan tentang pembinaan papancerita dan skrip (Puan Norbahiah Zakaria) serta penggunaan peralatan dan teknikal (Encik Faizal Hj. Napiah). Di hari akhir, peserta telah berjaya menerbitkan video dengan mengaplikasi ilmu yang dipelajari sepanjang berkursus. Berikut merupakan antara hasil dari peserta-peserta kursus:







Bengkel Pembangunan Bahan Web 2.0 Tools

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

    Pada 28, 29, & 30 September 2020 (Isnin, Selasa, & Rabu), bertempat di Grand Baron Hotel, Taiping, Perak, CTTL telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Bahan Web 2.00 Tools yang di sertai oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah dan staf Politeknik Seberang Perai.  

    Objektif bengkel ini adalah untuk membina dan menyediakan bahan-bahan hasil dari Web 2.0 tools selain dari mengumpul dan mengemaskini dokumen-dokumen serta fail bagi pertandingan eDOLA 2020. Kandungan latihan ini penting untuk membantu pensyarah dalam menggunakan aplikasi web 2.0 di dalam proses PdPDT pasca COVID-19. Kandungan yang dibina dimuatnaik di dalam platfom seperti YouTube, CIDOS dan sebagainya agar mudah diakses oleh pensyarah atau pelajar.





BENGKEL PEMBANGUNAN APLIKASI AUGMENTED REALITY (AR) MOBILE MENGGUNAKAN APLIKASI UNITY & VUFORIA

 Assalammualaikum & Salam Sejahtera 

CTTL PSP telah menganjurkan bengkel pembangunan aplikasi Augmented Reality (AR) Mobile menggunakan aplikasi unity & vuforia, pada 21-23 September 2020 (Isnin-Rabu) bertempat di TECC PSP.  Seramai 23 orang peserta di kalangan pensyarah dari pelbagai Jabatan menjadi peserta bengkel pembangunan AR.  Pihak CTTL telah melantik Astrals Work Trading selaku penceramah Bengkel Pembangunan Aplikasi Augmented Reality (AR).

Gambar 1: Peserta berkongsi hasil tugasan kepada kumpulan bengkel yang hadir

Gambar 2: Gambar penuh peserta Bengkel AR

Gambar 3: Pn Nor Bahiyah selaku Ketua CTTL menyampaikan cenderahati kepada kumpulan penceramah

Gambar 4: Penyerahan hadiah kepada projek kumpulan terbaik

Gambar 5: Peserta berkongsi hasil tugasan kepada kumpulan bengkel yang hadir

Gambar 6: Peserta berkongsi hasil tugasan kepada kumpulan bengkel yang hadir

Gambar 7: Peserta berkongsi hasil tugasan kepada kumpulan bengkel yang hadir

Gambar 8: Peserta berkongsi hasil tugasan kepada kumpulan bengkel yang hadir
Gambar 9: Peserta menerima Sijil daripada pihak penceramah

Gambar 10: Peserta menerima Sijil daripada pihak penceramah

Gambar 11: Peserta sedang melakukan testing 

Gambar 12: Peserta berbincang dalam kumpulan

Gambar 13: Peserta berbincang dalam kumpulan

Gambar 14: Peserta berbincang dalam kumpulan
  

Slide Creating Media for Streaming using CANVA (Kursus Peningkatan Kemahiran Penggunaan Studio Live Streaming - Dalaman)

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera. Dilampirkan slide Creating Media for Streaming using CANVA (Kursus Peningkatan Kemahiran Penggunaan Studio Live Streaming - Dalaman)


Klik pada gambar untuk melihat dokumen


Sekian, terima kasih. 

LATIHAN PENINGKATAN KEMAHIRAN MULTI CAMERA PRODUCTION FOR LIVE STREAMING CONTENT

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

    Pada 14, 15, 17 & 18 September 2020 (Isnin, Selasa, Khamis & Jumaat), bertempat di CTTL Live Studio, pihak CTTL telah mengadakan latihan kemahiran camera production for live streaming content yang di sertai oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah dan staf Politeknik Seberang Perai.  

    Objektif latihan ini adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada pensyarah bagaimana untuk mengendalikan live streaming untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.  Kandungan latihan ini penting untuk membantu pensyarah dalam mempelbagaikan kaedah penyampaian kandungan pengajaran selain dari menjalankan program bersama pihak industri.  

    Sepanjang 2 hari latihan, pihak perunding yang dipertanggungjawabkan untuk memberi latihan adalah daripada KinoCinema Media.  Bimbingan yang diberi lengkap dari segi teknikal dan susunan kandungan pengajaran.


Gambar 1 : Pihak perunding (En. Mahathir) memberi cenderahati kepada peserta yang cemerlang di atas penghasilan content iaitu En Faizal Bin Napiah
Gambar 2 : Pihak perunding memberi cenderahati kepada peserta yang cemerlang di atas penghasilan content iaitu En Nur Azizul 
Gambar 3 : Pihak perunding menyampaikan Sijil Penyertaan kepada peserta yang terlibat


Gambar 4 : Pihak perunding menyampaikan Sijil Penyertaan kepada peserta yang terlibat

Gambar 5 : Pihak perunding menyampaikan Sijil Penyertaan kepada peserta yang terlibat

Gambar 6 : Pensyarah sedang mengadakan live streaming 

Gambar 7 : Pensyarah sedang mengadakan live streaming 

Gambar 8: Paparan main monitor dikawal oleh pihak teknikal 

Gambar 9 : Modul live streaming content 

Gambar10 : Pensyarah diterangkan tentang aspek teknikal

Gambar 11 : Perunding sedang menerangkan tentang aspek teknikal 

Gambar 12 : Pensyarah diterangkan tentang aspek teknikal

Gambar 13 : Pensyarah sedang memahami keterangan dari pihak perunding

Gambar 14 : Perunding sedang menyediakan kelengkapan teknikal 

Gambar 15 : Pensyarah sedang mengadakan live streaming 

Gambar 16 : Pensyarah sedang menumpukan perhatian kepada penerangan pihak perunding 

Gambar 17 : Pihak perunding sedang menerangkan tatacara kepada peserta
Gambar 18 : Pensyarah sedang menyediakan bleuprint