BENGKEL PEDAGOGI TECC SESI DIS2019



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera



Pihak CTTL telah berjaya melaksanakan bengkel pedagogi untuk pensyarah yang menjalankan kuliah di TECC bagi sesi Dis2019.  Bengkel ini telah diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 10 Disember 2019 (Selasa)
Tempat : TECC Room
Masa : 8.30 pagi - 5.30 petang

Penceramah yang terlibat secara langsung sepanjang bengkel ini dijalankan iaitu:
1) En. Ku Adnan Bin Ku Hassan
2) En. Mohd Fahmi Bin Md Yusop
3) En. Syafirul Ikmar Bin Shaharudin

Diantara topik kandungan sepanjang bengkel ini dilaksanakan adalah :
- Pendedahan tentang keselamatan dan peralatan di dalam TECC.
- Konsep Flipped Classroom

Peserta bengkel adalah dikalangan pensyarah yang akan melaksanakan kuliah di TECC iaitu terdiri daripada pensyarah Jabatan Perdagangan, Jabatan Teknologi dan Komunikasi Maklumat, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Matematik dan Sains Komputer, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Pengajian Am.


 Peserta berada di dalam kumpulan sendiri

En Ku Adnan sedang menerangkan tentang aspek fizikal peralatan di dalam TECC 


 En Mohd Fahmi sedang menerangkan tentang konsep flipped classroom

En Syafirul Ikmar sedang menerangkan tentang keselamatan dan pengawasan


Di antara kandungan maklumat di dalam bengkel pedagogi TECC

ONE BUTTON STUDIO

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Pada 6 & 7 November 2019, pihak CTTL telah menjalankan kerja-kerja mengubahsuai sebuah bilik di dalam ruang bangunan UIDM untuk dijadikan sebagai ONE BUTTON STUDIO (OBS).  OBS merupakan satu platform kemudahan bagi pensyarah, pelajar dan kakitangan PSP sebagai medium untuk menyampaikan maklumat dan informasi terkini mengenai apa sahaja bidang yang berkaitan yang dilakukan secara langsung menggunakan saluran media sosial seperti Facebook, Youtube dan lain-lain.


Semoga OBS dapat memberi manafaat yang besar kepada seluruh warga PSP dalam memajukan bidang pendidikan tinggi.


 Pihak CTTL sedang diberi latihan dan pendedahan cara penggunaan peralatan di dalam OBS oleh pihak pembekal 
 Pihak pembekal sedang memasang dan menguji setiap peralatan supaya dapat berfungsi dengan baik
 Pasukan CTTL berlatarbelakang kan Green Screen yang akan digunakan dalam tujuan editing
Pasukan CTTL bergambar kenangan dengan pihak pembekal peralatan keperluan di OBS


Interactive 360 Training Course by KINOCINEMA MEDIA Peringkat Zon Utara

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


KINOCINEMA MEDIA merupakan perunding latihan yang dilantik oleh pihak Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) melalui Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital (BIPD), telah dijemput ke Politeknik Seberang Perai oleh pihak CTTL PSP, untuk mengendalikan latihan kursus yang bertajuk Interactive 360 Training Course bagi Politeknik Zon Utara. 
Penyertaan adalah daripada politeknik yang berikut:


1) Politeknik Seberang Perai  (PSP)
2) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB)
3) Politeknik Balik Pulau
4) Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)


Latihan kursus ini telah diadakan pada ketetapan berikut:


Tarikh : 21 - 24 Oktober 2019
Tempat : TECC (bangunan JKM)




Sesi Penyerahan Sijil dan Cenderahati kepada wakil peserta dari PSP


Penyerahan hadiah utama dari pihak perunding kepada kumpulan dari PTSB di atas pencapaian cemerlang dalam tugasan video 360 yang dibangunkan 


 Sesi Penyerahan Sijil dan Cenderahati kepada wakil peserta dari PTSB


 Sesi Penyerahan Sijil dan Cenderahati kepada wakil peserta dari PBU

Sesi Penyerahan Sijil dan Cenderahati kepada wakil peserta dari PTSS

 Gambar dalam kumpulan dari PTSS dan PTSB

 Gambar dalam kumpulan dari PBU

Gambar dalam kumpulan dari PSP

Bengkel Flipped & Google Classroom di Kolej Vokasional Seberang Perai (KVSEP) Bukit Minyak Pulau Pinang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Jawatankuasa e-Learning CTTL PSP telah berbesar hati untuk mengendalikan bengkel yang berkaitan e-Learning kepada pensyarah dari Kolej Vokasional Seberang Perai (KVSEP) yang terletak di Bukit Minyak Pulau Pinang.

Penggunaan eNotes, membantu peserta untuk merujuk semula topik yang diajar pada kemudian hari 

Bengkel ini berjaya diadakan selama dua hari iaitu pada :
Tarikh     :  21 - 22 Ogos 2019 (Rabu & Khamis)
Tajuk      :  Flipped Classroom & Google Classroom      

Terima kasih diucapkan kepada semua penceramah yang terdiri daripada JK CTTL, PSP
Ust Mohd Fahmi Md Yusof
Pn Norbahiah Zakaria 
Pn Anisah Ahmad 
Pn Ruhil Naznin Azaman 
Pn Hasnieza Mokhtar 
Pn Nor Atiqah Ahmad 
Pn Saw Bee Fong 

Sekalung penghargaan kepada Urusetia KVSEP En Magendran yang sudi menjemput CTTL, PSP untuk memberikan perkongsian. 


                                Peserta bengkel Flipped Classroom mempraktikkan Web 2.0 Tools


       Peserta bengkel Flipped Classroom

                            Peserta bengkel Google Classroom dibantu fasilitator dari team CTTL

        Fasilitator bersama peserta bengkel




    Peserta mencuba quizlet


       Fasilitator menerima sijil penghargaan

Sesi bergambar bersama peserta di akhir majlis

BENGKEL PEMBANGUNAN BLOG JUN2019





Assalammualaikum dan Salam Sejahtera





Pada 15 Julai 2019 (ISNIN), jam 10.00pagi  bertempat di bilik TECC,  CTTL telah menganjurkan bengkel PEMBANGUNAN BLOG.  Seramai 26 orang peserta yang terdiri daripada pelajar semester 1 hingga semester 5 dan di kendalikan oleh Pn Nor Bahiah Bt Zakaria selaku fasilitator terlibat sepanjang bengkel di jalankan.




Objektif bengkel ini adalah bagi membantu pensyarah dan pelajar untuk memahami kaedah  pembangunan dan penggunaan blog dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam TECC dan mengetahui penggunaan TECC secara teknikal bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi sesi Jun 2019.





Pelajar berada dalam kumpulan subjek



Pelajar membina blog menggunakan handphone



Pelajar membina blog bersama rakan sekumpulan










Slide Presentation using MS PowerPoint


https://sites.google.com/view/mspowerpointcourse/home


Kursus CIDOS, BLDT & BLFR Sesi JUN2019

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Berikut merupakan kursus yang telah dianjurkan oleh CTTL bagi sesi JUN2019. 

Tarikh: 15 Julai 2019 
Tempat: Makmal Cad Cam di JKM 
Masa: 8pagi - 5petang 
Fasilitator: Puan Saw Bee Fong dan Puan Nor Farizza Binti Abdullah






Tips and trick - Backup LMS 2.5





TAKLIMAT TEKNIKAL DAN PEDAGOGI TeCC ROOM

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Pada 1 Julai 2019 (ISNIN), jam 9.00pagi  bertempat di bilik TECC,  CTTL telah menganjurkan bengkel dan taklimat TEKNIKAL DAN PEDAGOGI TeCC ROOM Pengajaran dan Pembelajaran). Seramai 19 orang peserta dan 3 orang fasilitator terlibat sepanjang taklimat di jalankan.


Objektif bengkel ini adalah bagi membantu pensyarah untuk memahami kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam TECC dan mengetahui penggunaan TECC secara teknikal bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi sesi Jun 2019. 












Kursus Rekabentuk InDesign



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Berikut merupakan kursus yang telah dianjurkan oleh CTTL.

Tarikh: 13 - 14 Jun 2019
Tempat: Makmal E03, JTMK
Masa: 8pagi - 5petang
Penceramah: Puan Maz Azleena (Pensyarah PMTG)


Kursus ini bertujuan bagi memberi pendedahan penggunaan InDesign dalam mereka bentuk bahan kepada pensyarah.