Taklimat Teknikal dan Pedagogy TECC Sesi II 2023/2024

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Pihak CTTL telah berjaya melaksanakan satu sesi taklimat berkaitan Teknikal dan Pedagogy TECC Sesi II 2023/2024.  Taklimat ini telah diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 7 Februari 2024
Tempat :TECC Room
Masa : 8.00 pagi - 10.00 pagi

Fasilitator yang terlibat secara langsung bagi menjayakan taklimat kepada peserta ialah:
1) Cik Norisniyati binti Abdul Hamid
2) Pn Norbahiah binti Zakaria
3) En Mohd Fahmi bin Md Yusop

Diantara perkongsian dan penerangan yang diberi sepanjang taklimat ini ialah:
1) Pendedahan tentang keselamatan dan peralatan di dalam TECC
2) Konsep Flipped Classroom


Peserta taklimat adalah terdiri daripada pensyarah yang akan mengadakan kuliah di dalam TECC iaitu pensyarah Jabatan Perdagangan, Jabatan Teknologi dan Komunikasi Maklumat, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Matematik dan Sains Komputer, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Pengajian Am. 







BENGKEL PEMANTAPAN MANAGER: CIDOS SESI II 2023/2024

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Bengkel pemantapan penggunaan dan penyelarasan pembangunan platform CIDOS untuk manager-manager jabatan untuk JP, JTMK, JKM, JKE dan JPA bagi sesi II 2023/2024 telah berjaya diadakan pada ketetapan di bawah:

Tarikh: 31 Jan 2024 (Rabu) 
Tempat : Lab E07 JTMK 
Masa : 8.00pagi - 5.00petang

Fasilitator sepanjang bengkel ini adalah Pn Saw Bee Fong.  Semoga KPI CIDOS yang disasarkan dapat dicapai dan membanggakan PSP dalam penggunaan CIDOS. 


















TAKLIMAT PENGGUNAAN CIDOS KEPADA PELAJAR BAHARU SEMESTER 1 SESI II 2023/2024

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Satu sesi taklimat berkenaan penggunaan CIDOS (Platform LMS) kepada pelajar baharu iaitu semester 1 bagi pengajian sesi II 2023/2024 telah diadakan pada ketetapan di bawah:

Tarikh : 30 Jan 2024 (Selasa)
Masa : 9.00pagi
Tempat : Dewan Sri Mutiara (DSM)

Taklimat ini telah disampaikan oleh Ketua Pegawai e-Pembelajaran selaku Pengerusi CTTL, PSP iaitu Pn. Norbahiah binti Zakaria dan Pn. Saw Bee Fong. 









KURSUS PENGGUNAAN PLATFORM LMS CIDOS 4.0 BAGI PERLAKSANAAN PDP SESI1 2023/2024

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh:                                23 Ogos 2023 (RABU)
Tempat:                             
Makmal E13, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Penceramah/Fasilitator:     Ts. Saw Bee Fong dan Ts. Noor Azleen Bt Mohd Noor

Kursus Penggunaan Platform LMS CIDOS 4.0 bagi Perlaksanaan PdP yang diadakan ini adalah untuk memantapkan penggunaan serta menvariasikan kaedah dan konsep yang akan digunakan di dalam CIDOS baharu di kalangan pensyarah Politeknik Seberang Perai.

Objektif kursus ini adalah untuk, memantapkan BLDT dalam format baru, pemantapan aktiviti assignment dan kuiz juga bagi mengemaskini platform CIDOS dikalangan pensyarah.

Kursus ini disertai oleh 40 orang pensyarah dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.





(Gambar di atas adalah sepanjang kursus dijalankan bersama pensyarah yang terlibat)


Panduan Log Masuk Bagi Pengguna Baru CIDOS 4.0

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Berikut disertakan pautan capaian video sebagai panduan pengguna baru yang menggunakan CIDOS 4.0. 
(Klik gambar untuk ke capaian video)



(Klik gambar untuk ke capaian video)