Bengkel CIDOS BLDT & BLFR, Jabatan Pengajian Am, PSP

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Berikut merupakan kursus yang telah dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Am, Politeknik Seberang Perai.

Tarikh: 5/12/2018 
Tempat: Makmal Bahasa 3, JPA
Masa: 8pagi - 5petang
Penceramah: Ustaz Mohd Fahmi Bin Md Yusop (Manager e-Learning JPA)

Kursus ini bertujuan bagi menyediakan para pensyarah di JPA bagi menghadapi sesi akademik Disember 2018 yang akan bermula pada 10/12/2018.






CIDOS Inspiring Learning Awards (eDOLA 18)

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Pada 14 November yang lalu, satu majlis gilang-gemilang telah diadakan bagi mengumumkan pemenang-pemenang Pertandingan eDOLA 2018.

Majlis yang berlangsung di Bora Ombak Marina, Putrajaya telah bermula pada jam 8.30malam dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti, Prof. Dato' TS. Dr. Mohd Ismail Bin Abd. Aziz.

Majlis yang di acarakan oleh personaliti TV popular, Fiza Sabjahan, telah dimulakan dengan sesi TED Talk oleh Timbalan Pengarah Unit Pembelajaran Digital, Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital, Dr. Zainal Azhar bin Zainal Abidin.

Politeknik Seberang Perai telah berjaya membawa pulang satu anugerah bagi kategori eMicro Content Competition (eMCC) - Animation, di mana PSP merangkul tempat ketiga. Anugerah tersebut telah disampaikan kepada Pegawai e-Learning PSP, Puan Norbahiah Binti Zakaria.

Kumpulan tersebut merupakan kumpulan dari Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK). Kumpulan tersebut di selia oleh Puan Noor Akmalun Nisa' Binti Man dan dianggotai oleh Cik Nurul Syazwani Binti Rosnan, Cik Anis Nasuha Binti Ahmad Nazri dan Cik Noor Fazrina Binti Mohammad Fadzir.

Video tersebut boleh ditonton di pautan berikut:

Senarai penuh pemenang-pemenang eDOLA 2018 boleh didapati di pautan berikut: 
Senarai Keputusan eDOLA 2018



Puan Norbahiah, Pegawai e-Learning PSP menerima anugerah bagi pihak pasukan JMSK bagi kategori eMCC - Animation.


Pengarah PSP, Mejar (K) Ts. Haji Mohd Fisal bin Haroon dan Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Nor Hasni Binti Haron turut sama di dalam majlis tersebut.





















Capaian Dokumen Garis Panduan Video Pelaporan Politeknik (POLITV)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Berikut merupakan dokumen Garis Panduan bagi PoliTV (Video Pelaporan) yang telah disediakan oleh pihak CeLT, Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa bahagian yang telah di naik taraf dimana Politeknik tidak akan menggunapakai platform VILOUD sebagai saluran utama.

Buat tempoh ini, YouTube Channel politeknik masing-masing akan digunapakai sebelum satu YouTube khas Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia diwujudkan.

Pautan dokumen: Dokumen Garis Panduan Video Pelaporan Politeknik (POLITV)


Bengkel Pedagogi TECC (Pengajaran dan Pembelajaran) Sesi Dis2018

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Pada 3-4 Disember 2018, CTTL telah menganjurkan bengkel Pedagogi TECC (Pengajaran dan Pembelajaran). Seramai 23 orang peserta dan 4 orang fasilitator terlibat sepanjang bengkel di jalankan.


Objektif bengkel ini adalah bagi membantu pensyarah untuk memahami kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam TECC dan mengetahui penggunaan TECC secara teknikal bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi sesi Dis 2018.