KURSUS 2021 | Creative Usage Augmented Reality Artivive and Zapworks Course

Kursus ini telah dilaksanakan selama 2 hari pada 20-21 Oktober 2021 yang juga dilaksanakan secara atas talian yang merangkumi beberapa topik-topik menarik dalam membantu menghasilkan pembangunan bahan yang berbentuk Augmented Reality

Dua perisian diperkenalkan kepada para peserta iaitu Artivive dan Zapworks dan selain itu para peserta juga didedahkan dengan konsep asas multimedia dalam pembangunan poster.

Sesi rakaman kursus ini siap di muatnaik ke dalam YouTube CTTL bagi memberikan peluang kepada peserta untuk mengulangkaji 













KURSUS 2021 | Gearing Towards Microsoft Office Word

Kursus Gearing Towards Ms Office Word yang dilaksanakan pada 14 Oktober 2021 juga dilaksanakan secara atas talian yang disertai oleh peserta-peserta dari politeknik Zon Utara iaitu dari PBU, PMTG, PTSB, Polimas, PTSS dan PSP selaku tuan rumah. 

Penceramah yang dijemput En Sufian dan Pn Nurul Syazrah dari PSMZA memberikan pendedahan berkenaan aplikasi pejabat Microsoft Office Word. Kandungan kursus sehari ni mengandungi topik-topik seperti ; power-user, add-ins dan text to file. Dalam sesi kedua ; footnotes and endnotes, bookmarks and toc, header footer in different section dan working with data sources. Bagi sesi ketiga ; managing document, page break and section breaks, integration, hyperlink, using mail merge dan additional tools. 

Kandungan kursus ini sedikit sebanyak dapat membantu peserta terutamanya peserta yang dalam masa yg sama perlu membangunkan eBook. 






 

KURSUS 2021 | Kursus Pembangunan Video PnP Interaktif

 Kursus Pembangunan Video PnP Interaktif yang dilaksanakan pada 11-12 Oktober 2021 yang merangkumi beberapa aplikasi sebagai alat bantu dalam pembangunan video PnP. Antara aplikasi yang digunakan adalah ; Filmora, Powtoon, Wondow Movie Maker, OBS, Canva, Tiktok dan Capcut. 

Kursus ini dilaksanakan selama dua hari ini sangat membantu para pensyarah dalam menyediakan video PnP dan semoga dapat dimanfaatkan dalam menarik minat pelajar dalam PnP. 

Konsep kursus ini lebih kepada hands-on sangat memberikan nilai tambah kepada peserta untuk terus bertanyakan soalan sekiranya terdapat ralat dan persoalan yang muncul sepanjang sesi kursus ini. 

Disertakan bersama beberapa rakaman gambar yang dijadikan lakaran kenangan selain mendapat ilmu baru dari sepanjang kursus ini. 

 




KURSUS 2021 | Gearing Towards Microsoft Office Powerpoint

Kursus yang dilaksanakan pada 7 Oktober 2021 ini dilaksanakan selama satu hari. Kursus ini merangkumi sub topik seperti Power-user, master slide dan Add-ins pada sesi pagi. Selepas berehat beberapa ketika, sub topik seterusnya green screen, background, bokeh effect, grayscale effect, impactful image dan manipulation image. Sesi petang, sub topik seterusnya ; animation and effect, audio, video dan additional examples. Keseluruhan hasil kursus ini dapat dilihat memberikan ilmu tambah kepada semua peserta.







KURSUS 2021 | Kursus Pembangunan Gamifikasi, Aktiviti dan Latihan yang Interaktif

Kursus Pembangunan Gamifikasi, Aktiviti dan Latihan yang Interaktif yang dilaksanakan pada 4-5 Oct 2021 merangkumi beberapa aplikasi. Antara aplikasi yang didedahkan adalah seperti Slido, Google classroom, Canva, Google Form, Powtoon, Quizziz, Jamboard, Google sites and Mentimeter. 

Selaras dengan objektif kursus iaitu bagi memahami penggunaan aplikasi yang berunsurkan gamifikasi dalam PdP, memberikan nilai tambah dan pengetahuan tambahan kepada pensyarah dalam mempelbagaikan dan menvariasikan bahan bantu mengajar yang akan digunakan di dalam PdP dan menghasilkan bahan bantu mengajar yang berbentuk gamifikasi yang mempunyai aktiviti yang lebih interaktif dan menarik.