Mesyuarat Pengurusan bersama Ahli Jawatankuasa e-Learning

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Pada 24 Mei 2018 yang lalu, telah berlangsung satu mesyuarat pihak pengurusan Politeknik Seberang Perai bersama-sama Ahli Jawatankuasa e-Learning Politeknik Seberang Perai bertempat di Bilik Persidangan, bangunan Pentadbiran.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Politeknik Seberang Perai, Mejar (K) Hj. Zulkifli bin Ariffin telah membincangkan beberapa agenda antaranya ialah:


  1. Pencapaian KPI e-Learning PSP
  2. Penyertaan PSP di dalam pertandingan EDOLA 2018
  3. Penjenamaan semula e-Learning PSP ke CTTL PSP
  4. Penstrukturan semula UIDM di bawah CTTL
  5. Hal-hal lain

Penjenamaan semula e-Learning kepada CTTL atau Centre of Technology for Teaching and Learning dengan rasminya telah diluluskan pada mesyuarat tersebut. Berikut merupakan struktur baharu di dalam CTTL PSP:





Mesyuarat e-Learning CTTL



Mesyuarat dipengerusikan oleh Mejar (K) Hj. Zulkifli B. Ariffin,
Pengarah Politeknik Seberang Perai


Ahli mesyuarat pengurusan PSP.


Ahli mesyuarat pengurusan PSP.


Pembentangan CTTL & KPI oleh Puan Norbahiah bt. Zakaria,
Pegawai e-Learning PSP /Pengerusi CTTL.