Proses naik taraf bilik TECC Jabatan Kejuruteraan Mekanikal sedang giat dijalankan bermula dari 2 Julai 2018 sehingga sekarang. Proses yang memakan masa hampir satu bulan ini adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan proses pengajaran dan pembelajaran, selain menceriakan bilik tersebut.
Selain daripada itu, proses naik taraf ini adalah bagi memperolehi penarafan bintang untuk bilik TECC ini (TECC Star Rating).
Antara penambahbaikan yang dibuat adalah:
1. Mengubah bahagian dinding (partition) TECC 1 & TECC 2 supaya ruang TECC 1 mencapai tahap spesifikasi.
2. Pertambahan meja dan kerusi bagi menampung jumlah pelajar melebih 30 orang.
3. Penukaran warna cat yang lebih ceria.
4. Susun atur yang lebih interaktif.
5. Pemasangan CCTV
Berikut merupakan bilik TECC 1 & TECC 2 sebelum dan selepas proses naiktaraf.