MAJLIS PERASMIAN TECC, PSP.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera




Majlis perasmian bilik kuliah Technology Enable Collaborative Classroom (TECC) yang bertempat di Jabatan Mekanikal Politeknik Seberang Perai telah disempurnakan pada 24 September 2018 (Isnin) oleh Tuan Pengarah iaitu Mejar (K) Haji Zulkifli Bin Ariffin juga diiringi oleh Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Nor Hasni Bt Haron.  Turut hadir sama di majlis ini adalah Ketua-ketua  Jabatan, Ketua-ketua Unit dan beberapa wakil dari pihak pengurusan pentadbiran.