CIDOS Inspiring Learning Awards (eDOLA 18)

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Pada 14 November yang lalu, satu majlis gilang-gemilang telah diadakan bagi mengumumkan pemenang-pemenang Pertandingan eDOLA 2018.

Majlis yang berlangsung di Bora Ombak Marina, Putrajaya telah bermula pada jam 8.30malam dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti, Prof. Dato' TS. Dr. Mohd Ismail Bin Abd. Aziz.

Majlis yang di acarakan oleh personaliti TV popular, Fiza Sabjahan, telah dimulakan dengan sesi TED Talk oleh Timbalan Pengarah Unit Pembelajaran Digital, Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital, Dr. Zainal Azhar bin Zainal Abidin.

Politeknik Seberang Perai telah berjaya membawa pulang satu anugerah bagi kategori eMicro Content Competition (eMCC) - Animation, di mana PSP merangkul tempat ketiga. Anugerah tersebut telah disampaikan kepada Pegawai e-Learning PSP, Puan Norbahiah Binti Zakaria.

Kumpulan tersebut merupakan kumpulan dari Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK). Kumpulan tersebut di selia oleh Puan Noor Akmalun Nisa' Binti Man dan dianggotai oleh Cik Nurul Syazwani Binti Rosnan, Cik Anis Nasuha Binti Ahmad Nazri dan Cik Noor Fazrina Binti Mohammad Fadzir.

Video tersebut boleh ditonton di pautan berikut:

Senarai penuh pemenang-pemenang eDOLA 2018 boleh didapati di pautan berikut: 
Senarai Keputusan eDOLA 2018



Puan Norbahiah, Pegawai e-Learning PSP menerima anugerah bagi pihak pasukan JMSK bagi kategori eMCC - Animation.


Pengarah PSP, Mejar (K) Ts. Haji Mohd Fisal bin Haroon dan Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Nor Hasni Binti Haron turut sama di dalam majlis tersebut.