Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Pihak CTTL telah berjaya melaksanakan bengkel pedagogi untuk pensyarah yang menjalankan kuliah di TECC bagi sesi Dis2019. Bengkel ini telah diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh : 10 Disember 2019 (Selasa)
Tempat : TECC Room
Masa : 8.30 pagi - 5.30 petang
Penceramah yang terlibat secara langsung sepanjang bengkel ini dijalankan iaitu:
1) En. Ku Adnan Bin Ku Hassan
2) En. Mohd Fahmi Bin Md Yusop
3) En. Syafirul Ikmar Bin Shaharudin
Diantara topik kandungan sepanjang bengkel ini dilaksanakan adalah :
- Pendedahan tentang keselamatan dan peralatan di dalam TECC.
- Konsep Flipped Classroom
Peserta bengkel adalah dikalangan pensyarah yang akan melaksanakan kuliah di TECC iaitu terdiri daripada pensyarah Jabatan Perdagangan, Jabatan Teknologi dan Komunikasi Maklumat, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Matematik dan Sains Komputer, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Pengajian Am.
Peserta berada di dalam kumpulan sendiri
En Ku Adnan sedang menerangkan tentang aspek fizikal peralatan di dalam TECC
En Mohd Fahmi sedang menerangkan tentang konsep flipped classroom
En Syafirul Ikmar sedang menerangkan tentang keselamatan dan pengawasan
En Syafirul Ikmar sedang menerangkan tentang keselamatan dan pengawasan
Di antara kandungan maklumat di dalam bengkel pedagogi TECC