Bengkel E-Learning peringkat Kolej Vokasional Zon Pulau Pinang Tahun 2020

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Pada 26-27 Februari 2020 (Rabu dan Khamis) bertempat di Bilik Frog Classroom, KVSEP jawatankuasa CTTL PSP telah di jemput sebagai penceramah / fasilitator bagi kursus / bengkel berkaitan E-Learning peringkat Zon Pulau Pinang Tahun 2020.


Jawatankuasa CTTL telah memberi khidmat nasihat dan perkongsian berkaitan E-Learning.  Di antara sesi penerangan yang dikendalikan ialah Flipped Classroom, Mind mapping tools, Presentation tools, Aplikasi Google Classroom dan Perlaksanaan PdPc menggunakan Google Classroom.  Peserta bengkel ini adalah dari Kolej Vokasional Butterworth, Kolej Vokasional Batu Lanchang, Kolej Vokasional Nibong Tebal, Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman dan Kolej Vokasional Seberang Perai selaku tuan rumah. 




Sesi Penerangan Flipped Classroom sedang di kendalikan oleh En Mohd Fahmi 


Sesi Penerangan Presentation Tools sedang di kendalikan oleh Cik Nur Diyana

Sesi Penerangan Aplikasi Google Classroom sedang di kendalikan oleh Puan Anisah

 Sesi Penerangan Aplikasi Google Classroom sedang di kendalikan oleh Puan Ruhil Naznin


Ketua Penyelaras CTTL PSP, Puan Norbahiah menerima Sijil Penghargaan dan Cenderahati daripada Tuan Haji Zainol selaku Pengarah Kolej Vokasional Seberang Perai Bukit Minyak.

  Sesi Penerangan  Mind Mapping Tools sedang di kendalikan oleh Puan Hasnieza

 Sesi Penerangan Perlaksanaan PdPc menggunakan Google Classroom sedang di kendalikan oleh Puan Norbahiah