KURSUS PENGUKUHAN PENGGUNAAN PLATFORM LMS CIDOS 3.5 BAGI PERLAKSANAAN PDPDT JUN2020 SIRI 1,2,3 & 4

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Tarikh : 21 - 24 Julai 2020 (Selasa-Jumaat)
Tempat : Politeknik Seberang Perai (LAB CAD 4, MAKMAL PERAKAUNAN)
Penceramah/Fasilitator : Pn Saw Bee Fong & En Mohd Fahmi




Jawatankuasa CTTL PSP telah mengadakan kursus penggunaan CIDOS bagi perlaksanaan PDPDT sesi JUN2020 secara bersiri selama 4 hari yang melibatkan semua jabatan iaitu Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Pengajian Am, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Matematik, Sains & Komputer.


Kursus ini telah di kendalikan oleh barisan penceramah dan fasilitator yang terdiri daripada jawatankuasa CTTL sendiri iaitu Pn Saw Bee Fong dan Encik Mohd Fahmi.


Para peserta pula adalah terdiri daripada pensyarah di jabatan masing-masing.  Menariknya kali ini, kandungan kursus menyentuh sepenuhnya tentang BIG BLUE BUTTON (BBB) iaitu satu sub aktiviti baru di dalam LMS CIDOS 3.5.










Gambar di atas adalah sepanjang kursus dijalankan bersama pensyarah yang terlibat.