Pihak CTTL telah menganjurkan satu kursus pengukuhan penggunaan platform LMS Cidos 3.5 untuk membantu pensyarah dalam melaksanakan proses PDPDT bagi sesi DIS2020. Justeru itu, seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah dari semua jabatan akademik PSP telah hadir dan dibantu oleh 5 orang fasilitator dari kumpulan CTTL.
Kursus ini telah diadakan pada 12 MAC 2021 (JUMAAT) jam 8.30 pagi - 5.00 petang bertempat di Tecc Room. Puan Nor Bahiah Bt Zakaria selaku ketua Pegawai E-Learning PSP telah bertindak selaku ketua Fasilitator sepanjang kusus dijalankan dengan bantuan 4 orang fasilitator CTTL yang lain iaitu Ts. Saw Bee Fong, Puan Hasnieza, Puan Anisah dan Puan Norisniyati.
Diantara kandungan pelaksanaan kursus kali ini adalah bagaimana pemarkahan terus dapat dilakukan di atas platform CIDOS bagi setiap tugasan atau ujian yang dilaksanakan oleh pensyarah terhadap pelajar. Memandangkan proses pelaksanaan kuliah adalah secara hybrid iaitu bersemuka dan juga atas talian, maka pensyarah perlu menguasai penggunaan setiap aktiviti yang terdapat di dalam LMS Cidos ini bagi memudahkan proses PDP dijalankan.
Peserta kursus sedang mendengar dan berkongsi maklumat yang disampaikan oleh jawatankuasa CTTL.