Bengkel Ukiran Laser, Pemotongan, dan Percetakan 3D

19 Disember 2024 | Centre of Technology for Teaching and Learning, Politeknik Seberang Perai dengan bangganya telah menganjurkan Bengkel Ukiran Laser, Pemotongan, dan Percetakan 3D yang berlangsung dengan jayanya. Bengkel ini dihadiri oleh penyelaras-penyelaras TECC 3.0 DigitalCUBIX daripada setiap jabatan.

Bengkel ini bertujuan untuk memperkasakan pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi terkini seperti ukiran laser, pemotongan bahan, dan percetakan 3D, selaras dengan perkembangan industri 4.0.

Sesi ini lebih bermakna dengan kehadiran Puan Zaili binti Ibrahim sebagai penceramah jemputan, yang berkongsi ilmu serta teknik terkini berkaitan penggunaan teknologi-teknologi ini. Para peserta menunjukkan keterujaan serta semangat yang tinggi sepanjang bengkel berlangsung.

























Bengkel MC 2023 | Lanjutan

Satu bengkel lanjutan kepada semua pembangun MC 2023 telah dilaksanakan pada ketetapan di bawah 

Hari : Jumaat
Tarikh : 6 Sept 2024
Tempat : Bilik Komputer, Perpustakaan PSP
Masa : 8.30 am







Taklimat Penggunaan CIDOS Kepada Pelajar Baru | Minggu Suai Kenal Sesi I 2024/2025

Sesi taklimat berkenaan penggunaan CIDOS (Platform LMS) kepada pelajar baharu iaitu semester 1 bagi pengajian sesi I 2024/2025 telah diadakan di dalam salah satu slot bersama pelajar dalam minggu suai kenal. Taklimat tersebut di laksanakan oleh Ketua Unit CTTL Pn Norbahiah binti Zakaria bersama Pegawai eLearning II Pn Norazlina binti Mat Nayan yang telah berlangsung pada tarikh dan masa di bawah 


Tarikh : 1 Ogos 2024 (Khamis)
Masa : 12 tengahari
Tempat : Dewan Sri Mutiara (DSM)






Bengkel Penetapan CIDOS Sesi I 2024/2025

Bengkel pemantapan dan penetapan bagi penggunaan dan penyelarasan platform CIDOS untuk manager-manager eLearning jabatan untuk bagi sesi II 2023/2024 telah berjaya diadakan pada ketetapan di bawah:


Tarikh: 9 Ogos 2024 
Tempat : Bilik Komputer, Perpustakaan PSP 
Masa : 8.00pagi - 5.00petang

Fasilitator sepanjang bengkel ini adalah Pn Norbahiah binti Zakaria, Pn Norazlina binti Mat Nayan dan Cik Norisniyati binti Abd Hamid.  






Taklimat Teknikal dan Pedagogy TECC Sesi I 2024/2025

Pihak CTTL telah berjaya melaksanakan satu sesi taklimat berkaitan Teknikal dan Pedagogy TECC Sesi II 2023/2024. Taklimat ini telah diadakan pada ketetapan berikut: 


Tarikh : 8 Ogos 2024 
Tempat : TECC@JKM 
Masa : 8.00 am 

Fasilitator yang terlibat secara langsung bagi menjayakan taklimat kepada peserta ialah: 
1) Cik Norisniyati binti Abdul Hamid 
2) Pn Norbahiah binti Zakaria 

Peserta taklimat adalah terdiri daripada pensyarah yang akan mengadakan kuliah di dalam TECC iaitu pensyarah-pensyarah dari JKM, JKE, JTMK, JKE, JMSK dan JPA








Taklimat Teknikal dan Pedagogy TECC Sesi II 2023/2024

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Pihak CTTL telah berjaya melaksanakan satu sesi taklimat berkaitan Teknikal dan Pedagogy TECC Sesi II 2023/2024.  Taklimat ini telah diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 7 Februari 2024
Tempat :TECC Room
Masa : 8.00 pagi - 10.00 pagi

Fasilitator yang terlibat secara langsung bagi menjayakan taklimat kepada peserta ialah:
1) Cik Norisniyati binti Abdul Hamid
2) Pn Norbahiah binti Zakaria
3) En Mohd Fahmi bin Md Yusop

Diantara perkongsian dan penerangan yang diberi sepanjang taklimat ini ialah:
1) Pendedahan tentang keselamatan dan peralatan di dalam TECC
2) Konsep Flipped Classroom


Peserta taklimat adalah terdiri daripada pensyarah yang akan mengadakan kuliah di dalam TECC iaitu pensyarah Jabatan Perdagangan, Jabatan Teknologi dan Komunikasi Maklumat, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Matematik dan Sains Komputer, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Pengajian Am. 







BENGKEL PEMANTAPAN MANAGER: CIDOS SESI II 2023/2024

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Bengkel pemantapan penggunaan dan penyelarasan pembangunan platform CIDOS untuk manager-manager jabatan untuk JP, JTMK, JKM, JKE dan JPA bagi sesi II 2023/2024 telah berjaya diadakan pada ketetapan di bawah:

Tarikh: 31 Jan 2024 (Rabu) 
Tempat : Lab E07 JTMK 
Masa : 8.00pagi - 5.00petang

Fasilitator sepanjang bengkel ini adalah Pn Saw Bee Fong.  Semoga KPI CIDOS yang disasarkan dapat dicapai dan membanggakan PSP dalam penggunaan CIDOS.