19 Disember 2024 | Centre of Technology for Teaching and Learning, Politeknik Seberang Perai dengan bangganya telah menganjurkan Bengkel Ukiran Laser, Pemotongan, dan Percetakan 3D yang berlangsung dengan jayanya. Bengkel ini dihadiri oleh penyelaras-penyelaras TECC 3.0 DigitalCUBIX daripada setiap jabatan.
Bengkel ini bertujuan untuk memperkasakan pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi terkini seperti ukiran laser, pemotongan bahan, dan percetakan 3D, selaras dengan perkembangan industri 4.0.
Sesi ini lebih bermakna dengan kehadiran Puan Zaili binti Ibrahim sebagai penceramah jemputan, yang berkongsi ilmu serta teknik terkini berkaitan penggunaan teknologi-teknologi ini. Para peserta menunjukkan keterujaan serta semangat yang tinggi sepanjang bengkel berlangsung.