BENGKEL PEDAGOGI TECC: INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIGITAL SESI II 2024/2025

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

CTTL memulakan minggu pertama sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan menganjurkan BENGKEL PEDAGOGI TECC: INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIGITAL SESI II 2024/2025.  Seramai 34 pensyarah dari jabatan yang berbeza hadir bagi kelancaran bengkel.  Objektif utama bengkel ini adalah bagaimana pensyarah memberi penekanan dan pengaksesan teknologi kepada pelajar. 

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Ustaz Mohd Fahmi bin Md Yusop dan dibantu sama oleh Ketua Unit CTTL iaitu Puan Norbahiah binti Zakaria.