BENGKEL PEDAGOGI TECC: INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIGITAL SESI II 2024/2025

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

CTTL memulakan minggu pertama sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan menganjurkan BENGKEL PEDAGOGI TECC: INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIGITAL SESI II 2024/2025.  Seramai 34 pensyarah dari jabatan yang berbeza hadir bagi kelancaran bengkel.  Objektif utama bengkel ini adalah bagaimana pensyarah memberi penekanan dan pengaksesan teknologi kepada pelajar. 

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Ustaz Mohd Fahmi bin Md Yusop dan dibantu sama oleh Ketua Unit CTTL iaitu Puan Norbahiah binti Zakaria. 









Taklimat CIDOS Pelajar Baharu Sesi Akademik II 2024/2025

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Taklimat dari Ketua Unit CTTL, Puan Norbahiah binti Zakaria di dalam sesi Minggu Suai Kenal (MSK) bagi Sesi Akademik II 2024/2025.

Tahniah kepada semua pelajar baharu semester 1 yang berjaya masuk ke PSP. Selamat maju jaya buat semua pelajar.









Bengkel Pemantapan CIDOS Sesi Akademik II 2024/2025

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

CTTL PSP telah memulakan tahun baru 2025 & Sesi akademik baru iaitu Sesi II 2024/2025 dengan penganjuran Bengkel Pemantapan CIDOS Sesi II 2024/2025.

Bengkel Pemantapan CIDOS ini telah dikendalikan oleh Ketua Unit CTTL sendiri iaitu Puan Norbahiah binti Zakaria dan Cik Norisniyati binti Abdul Hamid.

Bengkel ini telah dijalankan pada 9 Januari 2025 (Khamis), Bilik Komputer Perpustakaan dan dihadiri seramai 21 orang pensyarah.

#cttl
#politeknikseberangperai










Bengkel Ukiran Laser, Pemotongan, dan Percetakan 3D

19 Disember 2024 | Centre of Technology for Teaching and Learning, Politeknik Seberang Perai dengan bangganya telah menganjurkan Bengkel Ukiran Laser, Pemotongan, dan Percetakan 3D yang berlangsung dengan jayanya. Bengkel ini dihadiri oleh penyelaras-penyelaras TECC 3.0 DigitalCUBIX daripada setiap jabatan.

Bengkel ini bertujuan untuk memperkasakan pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi terkini seperti ukiran laser, pemotongan bahan, dan percetakan 3D, selaras dengan perkembangan industri 4.0.

Sesi ini lebih bermakna dengan kehadiran Puan Zaili binti Ibrahim sebagai penceramah jemputan, yang berkongsi ilmu serta teknik terkini berkaitan penggunaan teknologi-teknologi ini. Para peserta menunjukkan keterujaan serta semangat yang tinggi sepanjang bengkel berlangsung.

























Bengkel MC 2023 | Lanjutan

Satu bengkel lanjutan kepada semua pembangun MC 2023 telah dilaksanakan pada ketetapan di bawah 

Hari : Jumaat
Tarikh : 6 Sept 2024
Tempat : Bilik Komputer, Perpustakaan PSP
Masa : 8.30 am