Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Pada 17 Januari 2019 (Khamis) bertempat di Digital Maker Hub Tech Mahindra ICT Services (M) Sdn Bhd, Lot 12122, Persiaran APEC, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor telah berlangsungnya sesi perkongsian bersama 'makers experts' dari Arus Academy, Me.Reka, Chumbaka dan beberapa agensi lain.
Sesi perkongsian ilmiah ini yang telah dihadiri Pegawai e-Learning PSP, Puan Norbahiah dan pensyarah kanan dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Cik Ruhil Naznin, antaranya membincangkan amalan terbaik dalam mengimarahkan budaya eksplorasi ilmu dan inovasi, susunatur dan kelengkapan ruang, selain turut berkongsi pengalaman 'makers experts' dalam usaha membudayakan Digital Garage di dalam komuniti.
Dengan menggunakan tagline 'Meet.Make.Market', Digital Garage yang akan di laksanakan di Politeknik Malaysia menyasarkan pelajar-pelajar dari semua jurusan untuk lebih berdaya kreatif, proaktif dan inovatif dalam mengaplikasikan ilmu selain berdikari dalam mencari ilmu baharu.
Politeknik Seberang Perai sebagai salah satu institusi yang betanggungjawab untuk mendokong usaha ini melihat Digital Garage sebagai salah satu usaha yang mampu meningkatkan kemahiran pelajarnya selain meningkatkan kebolehpasaran pelajarnya dari jurusan Perdagangan, Kejuruteraan Elektrik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Kejurutraan Mekanikal.