Bengkel Pembangunan Bahan Web 2.0 Tools

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

    Pada 28, 29, & 30 September 2020 (Isnin, Selasa, & Rabu), bertempat di Grand Baron Hotel, Taiping, Perak, CTTL telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Bahan Web 2.00 Tools yang di sertai oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah dan staf Politeknik Seberang Perai.  

    Objektif bengkel ini adalah untuk membina dan menyediakan bahan-bahan hasil dari Web 2.0 tools selain dari mengumpul dan mengemaskini dokumen-dokumen serta fail bagi pertandingan eDOLA 2020. Kandungan latihan ini penting untuk membantu pensyarah dalam menggunakan aplikasi web 2.0 di dalam proses PdPDT pasca COVID-19. Kandungan yang dibina dimuatnaik di dalam platfom seperti YouTube, CIDOS dan sebagainya agar mudah diakses oleh pensyarah atau pelajar.