Kursus Peningkatan Kemahiran Penggunaan Studio Live Streaming

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


    Pada 1 & 2 Oktober 2020 (Khamis & Jumaat), bertempat di UiDM dan CTTL Live Studio, pihak CTTL telah menganjurkan Kursus Peningkatan Kemahiran Penggunaan Studio Live Streaming yang di sertai oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah dan staf Politeknik Seberang Perai.  


    Objektif latihan ini adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada pensyarah bagaimana untuk menerbitkan kandungan live streaming untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran serta program yang melibatkan pihak luar, khususnya dalam pengamalan penganjuran program Pasca COVID-19.  Kandungan latihan ini penting untuk membantu pensyarah dalam mempelbagaikan kaedah penyampaian kandungan pengajaran selain dari menjalankan program bersama pihak industri.  



Gambar 1 & 2: Ustaz Mohd Fahmi Mohd Yusop selaku penceramah memberikan pendedahan tentang Pengenalan Live Streaming Studio.



Gambar 3 & 4: Cik Nur Diyana Mohd Suhaimi selaku penceramah berkongsi tentang pembinaan media bagi tujuan streaming. Pautan slaid boleh dirujuk di SINI


Kursus ini juga memberi pendedahan tentang pembinaan papancerita dan skrip (Puan Norbahiah Zakaria) serta penggunaan peralatan dan teknikal (Encik Faizal Hj. Napiah). Di hari akhir, peserta telah berjaya menerbitkan video dengan mengaplikasi ilmu yang dipelajari sepanjang berkursus. Berikut merupakan antara hasil dari peserta-peserta kursus: