KURSUS 2021 | BE THAT VOICE ONLINE WORKSHOP - A NEWS ANCHOR HACK (HOSTING)

BE THAT VOICE ONLINE WORKSHOP - A NEWS ANCHOR HACK (HOSTING)

    Kursus ini dirangka bagi memberikan nilai tambah kepada pensyarah dalam membantu mereka membangunkan video PnP agar menjadi pengantara yang akan menerangkan kandungan video PnP yang lebih jelas, berkesan dan menarik perhatian penonton secara amnya dan pelajar secara khususnya. 

    Kursus ini disampaikan oleh En Mior Abdul Malek Raiyani, Penerbit Eksekutif, Berita dan Hal Ehwal Semasa yang juga merangkap pembaca berita TV3. Beliau mempunyai pengalaman yang hebat sebagai pembaca berita, hos rancangan bual bicara dan pengacara majlis semestinya sangat membantu pada peserta bengkel dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan disamping tips untuk meningkatkan keyakinan diri dan mengatasi kegugupan. 

Kursus hari pertama 

Kursus hari kedua 

Kursus hari ketiga


    Bagi memantapkan lagi kefahaman para peserta En Mior ada juga melaksanakan latihan bagi memberikan kefahaman dan memantapkan kemahiran peserta

Antara tugasan para peserta




    Kursus ini merupakan kursus bagi politeknik Zon Utara yang disertai oleh pensyarah dari PTSB, Polimas, PTSS, PMTG PBU dan PSP sendiri selaku penganjur kursus. Diharap para peserta dapat mengadaptasikan dan menggunapakai ilmu yang dicurahkan sepanjang kursus ini.