KURSUS 2021 : Bengkel Rekabentuk Penerbitan Interaktif - Adobe InDesign (eBook)

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Pada 1-3 September 2021 (Rabu-Jumaat), CTTL telah menganjurkan Bengkel Rekabentuk Penerbitan Interaktif - Adobe InDesign yang disertai oleh 23 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah Politeknik Seberang Perai (PSP), Politeknik Metro Tasek Gelugor (PMTG), Politeknik Balik Pulau (PBU), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) dan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS)

Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada pensyarah bagaimana untuk menyediakan dan membangunkan kandungan eBook dengan menggunakan perisian Adobe InDesign yang di sampaikan oleh tenaga pakar yang dijemput khas iaitu saudara Imran Abdul Jabar dari #sifoodotcom.  

Sepanjang berlangsungnya bengkel ini banyak maklumat dan ilmu yang dikongsi oleh penceramah bagi membantu pensyarah dalam menghasilkan kandungan eBook yang interaktif dan bersesuaian dengan penyampaian pengajaran dan pembelajaran dalam talian (PDPDT).