BENGKEL PEDAGOGI TECC (PENTADBIRAN / PENGURUSAN)

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera



Pada 25 Ogos 2020 (SELASA)  jam 8.30pagi-5.00petang  bertempat di bilik TECC PSP,  CTTL telah menganjurkan bengkel dan taklimat berkaitan dengan TEKNIKAL DAN PEDAGOGI TeCC.  Seramai 5 orang peserta di kalangan pensyarah yang mewakili jabatan dan 3 orang fasilitator terlibat sepanjang bengkel di jalankan.


Objektif bengkel ini adalah bagi membantu pensyarah untuk memahami kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam TECC dan mengetahui penggunaan TECC secara teknikal bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi sesi Jun 2020. 


Gambar 1: En Syafirul selaku fasilitator berkaitan teknikal sedang memberi penerangan kepada peserta berkaitan dengan aspek teknikal


Gambar 2: En Syafirul selaku fasilitator berkaitan teknikal sedang memberi penerangan kepada peserta berkaitan dengan aspek teknikal

Gambar 3: Peserta diberi penerangan tentang penggunaan Web 2.0 Tools

Gambar 4: Fasilitator sedang memberi penerangan kepada peserta

Gambar 5: Di antara Web 2.0 Tools yang dikongsi kepada peserta adalah Quizziz


MANUAL PENGGUNAAN LMS CIDOS V3.5 UNTUK PENSYARAH

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera. 
Berikut merupakan pautan untuk Manual 'JPP LMS v3.5: User Manual for Lecturer'.

(klik untuk ke pautan manual)


Sekian, terima kasih.

MANUAL PENGGUNAAN CIDOS - BIGBLUEBUTTON

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera. 

Berikut merupakan pautan bagi dokumen 'CIDOS LMS User Manual - BigBlueButton'.


(klik gambar untuk ke pautan)


Sekian, terima kasih.

KURSUS WEB TOOLS

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 29 Julai 2020
Tempat : TECC Room
Penceramah / Fasilitator : Pn Nor Bahiah, Puan Hasnieza, Puan Ruhil Naznin dan Cik Norisniyati


Kursus Web Tools kali ini di adakan untuk persiapan pensyarah bagi sesi JUN2020.  Di antara isi kandungan kursus ini adalah EdPuzzle, MindMeister, MentiMeter dan Padlet.  Kursus ini berjaya mencapai objektif nya iaitu perlaksanaan PDP secara atas talian yang memerlukan pensyarah menggunakan pelbagai kaedah perlaksanaan.


Peserta kursus ini adalah seramai 16 orang dan terdiri dari wakil semua jabatan di PSP.


Pensyarah melaksanakan aktiviti yang telah disediakan dan diberi oleh penceramah bagi slot Edpuzzle
 Pensyarah melaksanakan aktiviti
Pensyarah melaksanakan aktiviti

KURSUS PENGUKUHAN PENGGUNAAN PLATFORM LMS CIDOS 3.5 BAGI PERLAKSANAAN PDPDT JUN2020 SIRI 1,2,3 & 4

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Tarikh : 21 - 24 Julai 2020 (Selasa-Jumaat)
Tempat : Politeknik Seberang Perai (LAB CAD 4, MAKMAL PERAKAUNAN)
Penceramah/Fasilitator : Pn Saw Bee Fong & En Mohd Fahmi




Jawatankuasa CTTL PSP telah mengadakan kursus penggunaan CIDOS bagi perlaksanaan PDPDT sesi JUN2020 secara bersiri selama 4 hari yang melibatkan semua jabatan iaitu Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Pengajian Am, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Matematik, Sains & Komputer.


Kursus ini telah di kendalikan oleh barisan penceramah dan fasilitator yang terdiri daripada jawatankuasa CTTL sendiri iaitu Pn Saw Bee Fong dan Encik Mohd Fahmi.


Para peserta pula adalah terdiri daripada pensyarah di jabatan masing-masing.  Menariknya kali ini, kandungan kursus menyentuh sepenuhnya tentang BIG BLUE BUTTON (BBB) iaitu satu sub aktiviti baru di dalam LMS CIDOS 3.5.










Gambar di atas adalah sepanjang kursus dijalankan bersama pensyarah yang terlibat.