KURSUS 2021 | Gearing Towards Microsoft Office Word

Kursus Gearing Towards Ms Office Word yang dilaksanakan pada 14 Oktober 2021 juga dilaksanakan secara atas talian yang disertai oleh peserta-peserta dari politeknik Zon Utara iaitu dari PBU, PMTG, PTSB, Polimas, PTSS dan PSP selaku tuan rumah. 

Penceramah yang dijemput En Sufian dan Pn Nurul Syazrah dari PSMZA memberikan pendedahan berkenaan aplikasi pejabat Microsoft Office Word. Kandungan kursus sehari ni mengandungi topik-topik seperti ; power-user, add-ins dan text to file. Dalam sesi kedua ; footnotes and endnotes, bookmarks and toc, header footer in different section dan working with data sources. Bagi sesi ketiga ; managing document, page break and section breaks, integration, hyperlink, using mail merge dan additional tools. 

Kandungan kursus ini sedikit sebanyak dapat membantu peserta terutamanya peserta yang dalam masa yg sama perlu membangunkan eBook.