KURSUS 2021 | Kursus Pembangunan Gamifikasi, Aktiviti dan Latihan yang Interaktif

Kursus Pembangunan Gamifikasi, Aktiviti dan Latihan yang Interaktif yang dilaksanakan pada 4-5 Oct 2021 merangkumi beberapa aplikasi. Antara aplikasi yang didedahkan adalah seperti Slido, Google classroom, Canva, Google Form, Powtoon, Quizziz, Jamboard, Google sites and Mentimeter. 

Selaras dengan objektif kursus iaitu bagi memahami penggunaan aplikasi yang berunsurkan gamifikasi dalam PdP, memberikan nilai tambah dan pengetahuan tambahan kepada pensyarah dalam mempelbagaikan dan menvariasikan bahan bantu mengajar yang akan digunakan di dalam PdP dan menghasilkan bahan bantu mengajar yang berbentuk gamifikasi yang mempunyai aktiviti yang lebih interaktif dan menarik.