Kursus ini telah dilaksanakan selama 2 hari pada 20-21 Oktober 2021 yang juga dilaksanakan secara atas talian yang merangkumi beberapa topik-topik menarik dalam membantu menghasilkan pembangunan bahan yang berbentuk Augmented Reality
Dua perisian diperkenalkan kepada para peserta iaitu Artivive dan Zapworks dan selain itu para peserta juga didedahkan dengan konsep asas multimedia dalam pembangunan poster.
Sesi rakaman kursus ini siap di muatnaik ke dalam YouTube CTTL bagi memberikan peluang kepada peserta untuk mengulangkaji