MOOC: Proses Ambil Alih dan Tindakan Segera

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Baru-baru ini pihak BIPD, JPPKK telah dimaklumkan oleh pihak OpenLearning.com (OL), iaitu pembekal bagi capaian MOOC Politeknik Malaysia, bahawa pihak OL akan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM39.90/sebulan bagi setiap akaun pengguna bermula pada 3 Mac 2019. Tindakan ini terguna pakai buat semua pengguna OL secara global.

Bagi membantu setiap institusi di Politeknik Malaysia, pihak BIPD JPPKK telah mengambil tindakan segera dan berusaha mencari jalan bagi menyelesaikan perkara ini. Satu mesyuarat telah diaturkan pada 13 Februari 2019 di JPPKK dan telah dihadiri oleh Pegawai e-Learning, Pegawai Multimedia dan Sumber, serta Penyelaras TECC 4.0, dan MOOC merupakan salah satu agenda yang telah dibincangkan. 

Satu keputusan yang jelas telah diputuskan. Oleh itu, pihak BIPD JPPKK memohon tindakan segera dari setiap politeknik bagi membantu menyelesaikan perkara ini.

Pihak CTTL maklum tentang pentingnya isu ini disegerakan. Oleh itu, berikut merupakan sedikit pencerahan tentang isu MOOC Politeknik, serta tindakan yang perlu diambil oleh semua Penyelaras MOOC Jabatan / Manager e-Learning Jabatan:















Oleh itu, dimohon jabatan-jabatan yang terlibat untuk mengambil tindakan segera bagi melancarkan proses ini. Pihak CTTL dan BIPD JPPKK memohon maaf di atas perkara ini. Semoga perkara ini selesai secepat dan sebaik mungkin.

Terima kasih.

Lawatan dan Bengkel Penggunaan TeCC dari Kolej Vokasional Seberang Perai (KVSEP)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 29 Januari 2019, CTTL PSP telah menerima kunjungan rombongan tenaga pengajar dari KVSEP. Seramai 15 orang tenaga pengajar termasuk Timbalan Pengarah dan  Penyelaras e-Pembelajaran dari KVSEP telah turut serta di dalam Bengkel Penggunaan TeCC. 

Bengkel Penggunaan TeCC dimulakan dengan sesi pengenalan dari Pegawai e-Learning PSP merangkap Pengerusi CTTL PSP, Puan Norbahiah dan diteruskan dengan sesi taklimat teknikal dan simulasi penggunaan TeCC yang telah diberikan oleh Ustaz Mohd Fahmi, Manager e-Learning, Jabatan Pengajian Am sebelum di akhiri dengan lawatan di Galeri CTTL. 

Bengkel yang bermula pada 8.30pagi telah berakhir pada jam 12.00 tengah hari.


















Lawatan ke Arus Academy

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Berikut merupakan lawatan penandaaras ke Arus Academy pada 25 Januari 2019 bagi melihat  keadaan di Digital Garage Arus Academy. Rombongan lawatan dari CTTL PSP telah dipimpin oleh Pegawai e-Learning PSP, Puan Norbahiah, dan disambut baik oleh Encik Daniel Russel, Pengarah Akademi, Arus Academy.














Towards Embracing Digital Garage

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 17 Januari 2019 (Khamis) bertempat di Digital Maker Hub Tech Mahindra ICT Services (M) Sdn Bhd, Lot 12122, Persiaran APEC, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor telah berlangsungnya sesi perkongsian bersama 'makers experts' dari Arus Academy, Me.Reka, Chumbaka dan beberapa agensi lain. 

Sesi perkongsian ilmiah ini yang telah dihadiri Pegawai e-Learning PSP, Puan Norbahiah dan pensyarah kanan dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Cik Ruhil Naznin, antaranya membincangkan amalan terbaik dalam mengimarahkan budaya eksplorasi ilmu dan inovasi, susunatur dan kelengkapan ruang, selain turut berkongsi pengalaman 'makers experts' dalam usaha membudayakan Digital Garage di dalam komuniti. 

Dengan menggunakan tagline 'Meet.Make.Market', Digital Garage yang akan di laksanakan di Politeknik Malaysia menyasarkan pelajar-pelajar dari semua jurusan untuk lebih berdaya kreatif, proaktif dan inovatif dalam mengaplikasikan ilmu selain berdikari dalam mencari ilmu baharu. 

Politeknik Seberang Perai sebagai salah satu institusi yang betanggungjawab untuk mendokong usaha ini melihat Digital Garage sebagai salah satu usaha yang mampu meningkatkan kemahiran pelajarnya selain meningkatkan kebolehpasaran pelajarnya dari jurusan Perdagangan, Kejuruteraan Elektrik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Kejurutraan Mekanikal. 


MOOC: Creating Module and Uploading Content

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Dilampirkan Manual berkaitan cara-cara membuka Modul dan Memuatnaik Bahan-bahan di dalam platfom MOOC melalui laman openlearning.com





Sekian, terima kasih.